Monday, January 27, 2014

Random Issues

Assalamualaikum , Hai . 
diam tak diam , diri ini mula jauh dengan dunia blogger . minat berblogger makin kurang hari demi hari . mungkin berfaktorkan kesibukan diri atau buat-buat sibuk hingga lupa kewujudan blog sendiri . macam biasa , bila mood berblog datang , terus blank ape yang nak diceritakan . alah , macam biasa lah . aku masih pelajar , single dan suka berangan . mungkin salah satu atau dua dari yang aku nyatakan tidak akan berubah buat jangka yang panjang haha perempuan lebih cendorong untuk memikirkan kisah hidupnya dari hal sekeliling . mengenangkan masa lalu dan mula timbul rasa menyesal . aaaahhh tu semua mainan perasaan . 

PLAN OF LIFE
Oh yeee , aku mula ade perancangan hidup . ntah bila wujud perancangan hidup aku ni pun , aku tak ingat haha selalunya aku lebih berminat untuk mengikut flow masa dari merancang . banyak nak aku buat dan haruslah , setiap trip aku nanti mesti kena berdekatan dengan pantai . suuukaaaaa gilaaa gilaaaa ! rasa nyaman teramat . angin yang sepoi-sepoi Omo bessstt nyeee hehe

MARRIED ? NOT NOW I GUESS
Sekarang umur dah makin meningkat dan tipulah kalau tak pernah dengar pertanyaan "bila nak kahwin ?" kan ? bagi aku , benda perkahwinan ni tak perlu tergesa-gesa untuk mencari teman hidup . aku lebih memilih untuk mempercayai "pergi mana-mana atau tak jumpa berpuluh-puluh tahun pun , kalau ada jodoh tak kan kemana" yeeee itu mesti selalu diingatkan kepada diri . kalau boleh , aku nak capai ape yang aku impikan dalam hidup ni dulu pastu ada kerja semua baru boleh fikir nak kahwin bagai . KEJAP ! apehal masuk pasal kahwin ni ? eeerrr kbai haha

LIFE OF DEGREE STUDENT
baru aku tahu , jadi student degree suuuussaaahhh saaannggggaaatttt ! Allah ! macam-macam nak kau fikir . waktu minggu kuliah , aku percaya ramai student degree tak berkesempatan nak study kan melainkan kalau minggu nak test tu ada lah paksa diri cari waktu untuk study . pelbagai cabaran yang perlu dilalui . hanya Allah sahaja yang tahu ape aku rasa masa semester 3 baru-baru ni . kerja kumpulan berlambak , 4 subject kena buat report , setiap petang ada lab dari 2-5 petang , presentation lepas field trip , jaga pokok lah dan macam-macam lagi . jujur , ada ketika aku tidak mampu buat , aku menangis seorang diri . mental breakdown habis bila dapat markah test semua subject . seeerriiooouussss stressss ! aku faham , zaman universiti , dorang akan lebihkan kepada kerja berkumpulan tapi ada juga sesetengah manusia yang hanya fikir diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain . itu yang aku paling benci . apa-apa yang buat aku down , aku hanya fikir ni semua dugaan sebelum berjaya . harap kerja keras selama ni membuah hasil dan aku berharap sangat semester yang akan datang , aku dapat kawal diri dari paras tekanan yang terlampau .


Kalau suka,Sila La Like