Saturday, August 21, 2010

kau kejam ! kau jahat !

oke sekarang ney , aku tak tahu sejak dua menjak ney aku tengok video orang post dkt facebook pasal kekejaman manusia terhadap haiwan terutama sekali kucing yang tak bersalah dan tidak tahu ape2 . ape mereka sudah pendek akal dlm hidup ney ? ape mereka pikir mereka bagus utk menyeksa binatang . ape yang aku nak kate kan , mereka2 dari golongan ney memang BODOH ! tak berhati perut !



Nabi Muhammad SAW

Banyak kisah-kisah tentang kucing (kerana kucing memang binatang yang banyak berkeliaran disekitar manusia). Nabi juga memiliki kucing kesayangan. Nabi SELALU mendukung mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan dipahanya. Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah:
‘Mueeza
selalu mengiaw ketika mendengar azan,Seolah2 Menyambut Suara Azan’
Pernah juga ketika Nabi mahu mengambil jubahnya,Muezza sedang tidur diatasnya.Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya, suapaya tidak mengejutkan Muezza.
Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepadanya. Sebagai balasan, Nabi menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukan najis. Bahkan kita
dibenarkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Rasulluah berani mengatakan bahawa kucing suci dan bukan najis.


Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan."


shera bermonolog :

manusia sekarang dipenuhi dgn orang2

yg kejam . ape nak kiamat ? hurrrmm ~


Kalau suka,Sila La Like

No comments:

Post a Comment