2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf . (tak setuju sangat)
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan ) . (setuju gila hahaha)
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain . (setuju lagi)
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat . (part ney lagi setuju gile . tak senang duduk kauuu hahaa)
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian .
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja . (teeeeettt)
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan . (setuju maakkk heee XD)
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka . (sheraa SETUJU)
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna . (BETOL)
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita . (BETOL LAGI)
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut . (lumrah seorang yang bernama wanita)
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan . (yaaa betol)
14. Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam . (betol tapi kalau dah tak nak , jangan bagi harapan yang tinggi la okay)
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya .
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri .
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal . (kalau aku , tak berfikir ke arah situ kowt)
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta . (yeaah ! usaha tangga kejayaan)
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri . (hahaha selalu ku buat)
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya . (100% setuju gila ! )
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya . (asyik setuju jea heee XD)
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui . (yaaa betoooll)
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik . (saya pernah rasa benda ini)
25. Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi . (betol betol betol)
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati . (opkossshh)
27. Senjata wanita adalah airmata . (tak juge . sekarang dunia dah moden . macam2 lagi ade . hahaa)
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya ( hadiah , bunga atau sekadar kad ucapan romantis ) . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu .
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat wanita pandai-pandailah . (agree yang ney)
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa . (setuju)
terima kasih la yerr . banyak yang saya setuju . jadi pandai2 lah lelaki lepas ney okay . :) btw , perasan tak entry kali agak jiwang ? hahaha saje jea na share2 dengan kome kan . harap2 membantu . heee XD
No comments:
Post a Comment