assalamualaikum . fuh fuh fuh *habuk tebal* hehe lama jugak diri ini tak berblog sejak masuk belajar ney . maaf blogku sebab tinggalkan kau dengan begitu lama *tunduk kepala* :(
tak tahu kenapa hati ini tiba-tiba tergerak untuk berblog di kala pagi buta ney . mungkin hati ini penuh dengan rasa kesakitan , kepedihan , kesedihan yang dah lama tak diluahkan kepada sesiapa even my ibu and my bestfriend . mesti tertanya-tanya , kenapa tak luahkan dekat adik ? hmm bukan tak nak berkongsi cerita tetapi yelah , nama pun kakak dan adik , tak mungkin la seorang kakak nak berkongsi cerita yang tak patut seorang adik tahu . maaf nadya , bukan bererti kakak kau ney tak sayang kau , tapi ini lah kakak kau rasa . rasa malu/segan nak bercerita *tunduk kepala* . alhamdulilah final exam dah lama habis . dah hampir sebulan rasanya dan aku masih dirumah tanpa melakukan aktiviti yang bermakna dalam hidup even sehari pun . seharian aku menghadap laptop dan tv dan peliknya , aku mula kurang untuk memanjakan diri aku dengan makanan . itu satu kejutan besar untuk aku . diet mungkin *heh* -.- jauh di lubuk hati ini berharap , result semester satu ney berjaya dengan cemerlang untuk ibu dan ayah :) hari jumaat ney ada family day belah ayah . tak tahu kenapa , aku tak rasa gembira dan excited sangat dengan gathering family kali ini . mungkin disebabkan hati ini dah pernah dilukai dan tercalar disebabkan perkara dulu , siapa tahu kan . diri sendiri pun keliru dengan apa yang dirasa . tetapi bila sebut jea family day , diri ini jadi sedih bila terkenang family day yang sebelum ney . pijak kaki , karaoke tanpa rasa segan , sandar dekat badan aku , tarik rambut aku , buli suruh amek makanan dan perkataan "cuba lagi" selalu dalam ingatan . ya , diri ini rindu itu . malang kerana kenangan itu tidak dapat dijadikan kenyataan lagi dan kenyataan itu lah aku kena ingat sampai bila-bila . cuma berharap , family day minggu ney dapat membuatkan aku bahagia , bermakna dan layak untuk diingati sampai bila-bila . jujur , badan dan minda ku rindu akan angin laut . rindu saat-saat indah ditepi laut yang sepatutnya dihabiskan masa itu dengan menenangkan fikiran dan menikmati keindahan ciptaan-Nya :)
actually , post ney dah type dari pagi buta tadi then tiba-tiba laptop buat masalah , terus hilang mood nak post . sekarang baru tergerak hati nak post . haha
No comments:
Post a Comment